Thursday, March 4, 2010

Rahsia menjadi pelajar cemerlang

Kecemerlangan adalah penting dan menjadi idaman setiap manusia. Kecemerlangan bukan hanya milik satu-satu kaum, bangsa ataupun penganut agama. Kecemerlangan adalaha milik setiap individu yang berusaha dengan gigih dan bersungguh-sungguh. Cara pengukuran kecemerlangan bergantung pula pada tahap pencapaian dan berbeza antara satu sama lain. Bagi seorang pelajar, kecemerlangan bermakna berjaya mencapai keputusan yang baik di dalam bidang akademik ataupun menjuarai acara-acara tertentu dalam sukan dan aktiviti-aktiviti lain. Kecemerlangan akademik menjadi impian pelajar. Bagi menguasai ilmu dengan cemerlang dan menjadi pelajar yang cemerlang, pelajar perlu berusaha dan bekerja keras. Kejayaan bukan mudah dicapai namun ia bukan perkara yang mustahil. Setiap tahun, berates-ratus pelajar mendapat keputusan yang cemerlang apabila keputusan peperiksaan diumumkan. Apabila ditanya mengenai rahsia kejayaan, kerja keras selain memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran menjadi resepi kecemerlangan mereka. Namun dalam mencapai kejayaan yang diimpikan, terdapat beberapa halangan dalam usaha mencapai kejayaan. Halangan-halangan ini perlu untuk dilihat semula oleh pelajar dalam mencapai kejayaan. Antara halangan mencapai kejayaan ialah :

1. Matlamat yang tidak jelas

Setiap usaha yang dilakukan pasti mempunyai halangan-halangannya. Sama ada besar ataupun kecil. Kejayaan bagi merealisasikan apa yang sedang diusahakan itu bergantung kepada sejauhmana individu itu mampu mengatasi halangan-halangan itu. sebagai seorang pelajar, halangan-halangan yang menghantui dan mengongkong mereka dikenalpasti berpunca daripada faktor luaran ataupun dalaman diri. Tanggungjawab sebagai pelajar perlu dilaksanakan dan pada masa yang sama pelajar sebagai seorang remaja bergelut mengenal pasti identiti diri. Sikap mahupun keseronokan, kebebasan dan mahu segera menamatkan persekolahan bercampur baur dengan keinginan mahu cemerlang dan berjaya dalam pelajaran. Sebagai pelajar yang inginkan kecemerlangan dalam semua aspek yang diceburi, terlebih dahulu mereka perlu mengenal pasti antara halangan-halangan yang menyekat mereka mencapai cita-cita. Selepas mengenalpasti halangan-halangan itu, pelajar perlu mencari formula yang berkesan bagi mengatasinya. Halangan pertama yang dikenalpasti adalah matlamat yang tidak jelas. Matlamat atau arah yang tidak jelas menyebabkan pelajar tidak tahu apa yang mahu dicapai dalam hidup kita. Bagi pelajar yang mempunyai matlamat, segala gerak kerja dan usaha diatur. Hal ini kerana, sebagai pelajar, kita tahu apa yang kita inginkan. Misalnya memperoleh keputusan 8A bagi peperiksaan PMR. Oleh itu, mereka bertindak selari dengan apa yang mereka inginkan seperti belajar mengikut jadual dan rajin mengulangkaji. Matlamat sama ada matlamat jangka pendek ataupun matlamat jangka panjang, kedua-duanya berupaya mengubah hidup seseorang. Kehidupan seseorang pelajar yang bosan dengan rutin hariannya berubah menjadi gaya hidup yang lebih bertenaga apabila dia meletakkan satu-satu matlamat dalam hidupnya.

2. Tiada cita-cita

Cita-cita dan matlamat adalah dua perkara yang hampir sama. lazimnya, pelajar mempunyai cita-cita sejak kecil lagi. Orang sekeliling mereka seperti ibu bapa dan saudara terdekat ghairah mahu mengetahui cita-cita mereka. Jawapan yang diterima menggembirakan mereka apabila anak-anak ini mempunyai cita-cita besar. Ketiadaan cita-cita menyukarkan pelajar menentukan masa hadapannya sendiri. Dirinya terumbang-ambing kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Wujudnya cita-cita bermakna pelajar tahu apa yang mahu dilakukan. Mereka sedar mereka perlu bekerja keras bagi mencapai apa yang dicita-citakan. Pelajar perlu bijak membezakan di antara cita-cita dan angan-angan. Apabila pelajar suka berangan-angan, ia dapat membunuh masa depan pelajar. Berangan-angan tanpa usaha bersungguh-sungguh adalah satu perbuatan yang membuang masa pelajar. Oleh itu, sepatutnya pelajar menjauhi perbuatan itu. kekerapan menukar cita-cita juga menjejaskan tumpuan pelajar bagi melakukan apa yang sepatutnya. Pengaruh rakan dan tidak yakin mampu mencapai cita-cita juga adalah antara faktor pelajar sering menukar cita-cita mereka. Walaupun ia sesuatu yang lumrah, namun penukaran cita-cita perlu dapat mendorong semangat bagi berusaha dengan lebih maju lagi. Pemilihan cita-cita jug mesti bersesuaian dengan minat dan kecenderungan yang ada dalam diri pelajar. Keserasian ini periu bagi menjamin pelajar dapat apa yang diimpikan dalam hidupnya.

3. Tidak pandai mengurus diri

Pelajar tidak cemerlang apabila tiak pandai mengurus diri. Mengurus diri melibatkan pengurusan pakaian, perkataan dan perbuatan. Mengurus diri berkait rapat dengan cara mengurus keluarga pelajar. Keluarga yang terurus biasanya melahirkan pelajar yang terurus. Sebaliknya keluarga yang tidak terurus melahirkan pelajar yang tidak terurus. Pelajar tidak perlu mempunyai sumber kewangan yang besar bagi belajar mengurus diri. setiap pelajar mesti belajar mengemas bilik sendiri. Biliknya perlu bersih kerana ia adalah tempat belajar dan tempat berehat. Pelajar yang tidak mampu mengurus diri dengan baik mengalami kesukaran bergaul dengan orang sekeliling. Individu seperti guru dan rakan sebaya menjauhkan diri dari pelajar yang bersikap sedemikian. Kecemerlangan juga hampir mustahil menjadi milik pelajar kerana sikap mereka yang tidak pandai mengurus diri. Oleh itu, bagi mencapai kecemerlangan, mengurus diri patut diutamakan. Ini kerana mengurus diri dengan sempurna memberi kesan langsung kepada diri pelajar.

4. Tidak pandai mengurus masa

Satu lagi perkara yang menjadi penghalang pelajar menjadi cemerlang adalah tiak pandai mengurus masa. Kesibukan menghadiri sekolah, kegiatan kokurikuum, keas tambahan dan lain-lain aktiviti menuntut pelajar mengurus waktunya dengan cekap. Kegagalan mengurus masa mengakibatkan pelajar berada dalam kesukaran dan tidak dapat meakukan satu-satu perkara itu dengan sempurna. Pelajar yang tidak mempunyai jadual harian sering mendapati mereka terperangkap dalam kesibukan. Ketiadaan jadual menyebabkan pelajar tidak mempunyai panduan untuk diikuti. Jadual adalah penting kerana ia menunjukkan gerak kerja yang peru dilakukan.setiap hari. Ia juga menunjukkan jangka masa yang diambi bagi melakukan satu-satu perkara. Pelajar sukar bagi mencapai kecemerlangan kerana tidak mempunyai pengurusan masa yang tersusun. Masa yang begitu berharga dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa diisi dengna perkara berfaedah. Perkara ini merugikan pelajar yang sepatutnya tahu menghargai masa dengan melakukan perkara-perkara bermanfaat.

5. Malas belajar

Penyakit malas belajar melletakkan kegagalan lebih dekat menghampiri peajar. Sikap buruk ini perlu dielakkan daripada menjadi amalan dan tabiat seseorang pelajar. Adalah menjadi tanggungjawab utama bagi pelajar belajar dengan rajin. Ini supaya segala ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan dengan sempurna di kemudian hari dan bukan hanya untuk peperiksaan. Sikap malas belajar mengakibatkan peajar ketinggaan dalam pelbagai aspek yang diceburi. Walaupun seseorang pelajar itu mendapat sokongan daripada semua pihak di sekelilingnya daripada segi kewangan, kemudahan, nasihat dan sebagainya, namun sikap malas belajar yang menyelubungi diinya masih menjadi faktor penghalang bagi mengukir kecemerlangan. Sikap malas belajar berpunca daripada pelbagai faktor. Antaranya :

 Kesukaran menerima dan mengikuti pelajaran, benci ataupun bosan bagi bersekolah
 Belajar dalam keadaan dipaksa oleh ibu bapa
 Tiada motivasi

Didapati sikap malas belajar membuatkan pelajar sering kecundang dalam peperiksaan. Guru-guru kerap menghukum pelajar sebegini kerama tidak menyiapkan tugasan yang diberi mereka jiga tidak pernha sunyi daripada di marahi oleh guru kerana sikap malas mereka. Peajar ini jugs kerap tidak hadir ke sekolah. Sikap seumpama ini tidak memberi keuntungan kepada pelajar bahkan mengundang kerugian dan keburukan kepada masa depan pelajar.

6. Kurang bermotivasi

Dewasa ini banyak pihak seperti ibu bapa, sekolah, dan persatuan menganjurkan program-program berbentuk motivasi. Kesedaran kepentingan motivasi dalam diri para pelajar kian meningkat. Inu bapa sanggup melabur wang yang banyak bagi membolehkan anak-anak mereka mendapat motivasi daripaa pihak-pihak yang mempunyai kewibawaab dan kepakaran dalam bidang itu. ketiadaan ataupun kurangnya motivasi dalam diri para pelajar memberikan impak yang besar kepada pembelajaran mereka. Pelajar yang tidak bermotivasi biasanya tidak berminat ke sekolah, malas belajar, tidak bersemangat dalam menimba ilmu dan melakukan tugasan hanya apabila disuruh dan dimarahi. Pelajar yang tidak mempunyai motivasi diri tidak lagi bersemangant mahu belajar kerana tiada sebarang dorongan wujud dalam diri mereka. Pelajar seumpama ini mudah kelihatan seperti individu yang sudah tidak mempunyai apa-apa harapan lagi. Bagi pelajar yang tidak bermotivasi, menjadi suatu kepaayahan atau kesukaran bagi mana-mana pihak bukan sahaja menyuruh mereka belajar dengan bersungguh-sungguh malah bagi berbicara berkaitan konsep kecemerlangan diri. peajar yang tidak mempunyai motivasi sentiasa leka, hanyut tanpa arah tujuan, tenggelam punca dan tidak sedar tanggungjawab yang patut dilaksanakan. Peajar seperti ini tidak memahami kepentingan pendidikan dan pelajaran. Atas alasan itu, adalah menjadi tugas yang penting bagi semua pihak bagi memberikan kesedaran dan motivasi yang menyeluruh kepada para pelajar.

7. Lemah kemahiran belajar

Budaya menggunakan masa dengan sepenuhnya bagi mengulangkaji pelajaran memang tidak dapat dipisahkan dalam hidup sebagai pelajar yang yang berdedikasi. Namun begitu masih masih terdapat sebahagian besar pelajar yang sukar mencatatkan keputusan yang cemerlang walaupun banyak masa yang diperuntukkan oleh pelajar ini bagi menguangkaji pelajaran. Sehingga ada yang menafikan hak masanya bersama keluarga, beriadah, memenuhi hobi dan sebagainya. Amalan tidur lewat malam juga kerap kali dilakukan oleh pelajar bagi mengulang kaji pelajaran terutama semasa menjelang peperiksaan. Semua kaedah pembelajaran seperti mencatat nota, membaca buku, mengulang kaji pelajaran, mendengar guru mengajar dengan teliti diamalkan. Namun, semuanya masih tidak membuahkan keputusan cemerlang sebagaimana yang dikehendaki. Berlawanan dengan situasi di mana terdapat pelajar yang tidak perlu mengambil masa yang lama unuk belajar namun berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Penting bagi setiap pelajar itu menyedari dan memahami bagi mencatat keputusan yang cemerlang, terlebih dahulu pelajar perlu mempelajari dan menguasai teknik pembelajaran yang bijak atau di sebut smart learning. Setiap pelajar perlu mengetahui kaedah yang betul bagi membaca, mancatat nota, mengulang kaji pelajaran dan aspek-aspek lain yang bersangkutan dengan dunia pembelajaran.

8. Pengaruh rakan sebaya

Faktor pengaruh rakan sebaya mempunyai pertalian yang kuat ke atas pembentukan minda, sikap dan sahsiah pelajar. Remaja dilihat mempunyai hubungan yang lebih erat dengan rakan sebaya mereka berbanding daripada ibu bapa, guru dan keluarga. Pengauh rakan sebaya dilihat lebih mudah meresap dengan cepat kepada remaja. Sama ada melalui cara berpakaian, cara percakapan, mentality berfikir dan cara bertindak. Remaja sering hanyut, terjerumus dan mempunyai kecenderungan melakukan perbuatan negatif kerana terdorong dan terpengaruh oleh ajakan rakan-rakan mereka. Terdapat juga dalam kaangan remaja yang sanggup melakukan kerosakan sosial akibat menyahut cabaran rakan-rakan mereka. Remaja yang mempunyai keluarga yang kurang mengambil perhaitan dan belaian kasih sayang kepadanya menjadikan rakan-rakan mereka sebagai tempat mengadu dan berkongsi perasaan. Remaja ini lebih mudah menjadikan rakan-rakan mereka sebagai individu yang dipercayainya. Segala ajakan sama ada negatif ataupun positif diterima bulat-bulat tanpa pertimbangan yang wajar. Kita sering dikejutkan dengan perubahan sikap yang mendadak seseorang pelajar yang pada awalnya mempunyai budi pekerti yang muai. Namun, seepas bergaul engan rakan sebaya mereka lantas bersikap biadab dan kurang sopan. Begitu juga pelajar yang hakikatnya bersifat rajin bajar tetapi akhirnya gaga dalam peperiksaannya.selepas bergaul dengan rakan-rakan yang malas belajar.

1 comment:

  1. salam....mcm ne nak jadi pelajar yg cemerlang..sye buntu...saye xtau nk menguruskan jadual pembelajaran saye..

    ReplyDelete